This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Tuesday 15 November 2011

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN TAHUN 2012


Hari Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan Tahun 2012. Ibubapa dijemput hadir untuk berjumpa guru kelas anak tuan/puan bagi mendapatkan bantuan tersebut.Maklumat seperti berikut : -

Tingkatan 1 & 2 pada 17 November 2011 (Khamis) 
Tingkatan 3 & 4 pada 18 November 2011 (Jumaat)
Masa kedua-dua tarikh tersebut ialah 11 pagi hingga 3 petang

Sekian harap maklum.

Monday 14 November 2011

Selamat Menghadapi SPM

Hari ini tanggal 14/11/11 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar Tingkatan 5 SMK Seri Keramat khususnya dan semua pelajar SPM seluruh Malaysia am nya kerana bermulanya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Semoga semua pelajar SMK Seri Keramat dapat menghadapi Peperiksaan SPM dengan jaya nya dan impian ke menara gading akan tercapai..Insyaallah..GOOD LUCK!!!SEMAT BOLEH.....

Friday 11 November 2011

Hari Graduasi SMK Seri Keramat 2011

Bertempat di bengkel pertanian pada tarikh keramat 11/11/11 telah diadakan Majlis Graduasi bagi pelajar Tingkatan 5 sebelum mereka menduduki ujian yang akan menentukan hala tuju mereka selepas ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.Berikut gambar sepanjang Hari Graduasi SMKSK











Tuesday 25 October 2011

Hari Karnival SMKSK

Pada hari ini bertempat di perkarangan tempat letak kereta SMKSK telah berlangsung hari karnival yang diadakan setiap tahun.Tetapi pada tahun ini sedikit kelainan dibuat kerana pelajar sesi pagi dan petang menjayakan hari karnival mengikut sesi masing-masing.

Seperti biasa banyak gerai yang akan mengambil bahagian untuk hari jualan ini,Antaranya gerai menjual burger yang semestinya setiap tahun mendapat sambutan yang HOT dan gerai ice blended dan banyak lagi gerai-gerai yang ada.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan hari karnival ini dengan objektif untuk merapatkan ikatan silaturrahim antara pelajar dengan guru-guru SMKSK.Tahniah diucapkan.

Lihat gelagat-gelagat guru dan pelajar sepanjang berlangsung nya hari karnival.

ape tu cik kak?promosi ke?

nape cikgu Azlina?x start lagi dah penat ke? :)

Ini nak menjual ke nak menyokong team bola kak?

Berselera Pn.Zaitun ...2 gelas sekali order air puan? :D

Waa...mama bersama Cikgu Sarimah goreng burger ke lawan pedang? :)

Visi & Misi SMKSK

Pendidikan berkualiti menjelang 2010
Warga SMK Seri Keramat akan berusaha dan bekerjasama dengan ibu bapa dan ahli komuniti supaya
dapat meningkatkan potensi pelajar bagi melahirkan insan yang cemerlang,mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan sekolah yang berkesan

Saturday 22 October 2011

Lokasi SMK Seri Keramat








Jalan Au4, 54200 Kuala Lumpur
03-4106 5002


Lihat lokasi penuh di SINI

Sejarah Penubuhan SMK Seri Keramat


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat mula dibina pada tahun 1994 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi persekolahan yang pertama telah bermula pada tahun 1995 dengan nama sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat 2 (SMKLK2) dan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) pada Jun 2003. Sekolah ini dibina bagi menampung kesesakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat pada ketika itu.

Logo
Hijau = Segar dan Subur
Biru   = Kasih dan Taat
Putih  = Suci dan Bersih



Gemilang Seri Keramat




SMK Seri Keramat
Membina modal insan
Setia berwawasan
Dedikasi dan etika
Kerjasama hingga berjaya


Bertekad pelajar bestari
Amalkan nilai-nilai murni
Jayakan pendidikan berkualiti
Kreatif berinovasi


Termaktub dalam kamus hati
Kita kan berdiri
Teguh iman di hati
Guru-guru tambah dihormati


Kami berjanji berusaha
Berilmu beramal sentiasa
Ibu bapa pasti berbannga
Putera-puteri tanah tercinta


Harapan bangsa negara agama
Martabat ilmu budaya kita
Cemerlang Seri Keramat
Gemilang Seri Keramat  x3



Sunday 18 September 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 SMKSK


Suasana sambutan hari kemerdekaan ke-54 yang di raikan oleh warga Sek Men Keb Seri Keramat dengan tema tahun ini “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

Cikgu Sam di belakang buat ape tu?

Penuh semangat warga SMKSK menyambut hari kemerdekaan

Inikah serikandi-serikandi kemerdekaan? :)

Anak-anak merdeka





Saturday 2 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan



Kira-kira 3 juta pelajar dan guru sekolah menyertai larian yang  dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 2 Julai ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Seri Keramat bersama para pelajar dan guru SMK Lembah Keramat telah mengambil bahagian pada hari ini bagi larian sekitar Lembah Keramat.